Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamuailakum,
Apakah hukum menonton filem yang di dalam nya ada babak penyembahan agama lain?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد
Hukum menonton filem yang mempunyai unsur agama lain seperti penyembahan dan sebagainya adalah makruh walaupun bertujuan sekadar hiburan dan tidak mempercayai serta tidak membenarkan penyembahan agama lain. Lebih lebih lagi sekiranya terdapat tayangan gambar patung berhala dan sebagainya. Walaupun begitu, ia tidaklah menjadi haram kecuali dengan melihat filem sebegini boleh menggugat iman kita atau sehingga kita boleh terpengaruh dan percaya dengan kepercayaan mereka.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.
Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 63