BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

PERMASALAHAN.

1. Kami bermusafir ke Melaka pada hari rabu pagi dan dijangka pulang pada hari jumaat malam. Dalam tempoh itu kami hanya berada di satu tempat

2. Pada hari jumaat kami keliru samada kami wajib solat jumaat atau tidak.

3. Yang mengatakan tidak wajib solat jumaat beralasan: "kami bermusafir hari rabu jadinya dah dikira bergerak sebelum subuh hari jumaat. Jadi gugur kewajipan solat jumaat."

4. Yang mengatakan wajib solat jumaat beralasan: "Yang gugur solat jumaat tu kalau BEGERAK sebelum subuh hari perjalanan musafir tu. Macam kami ni hari jumaat bukan hari perjalanan musafir kami. Kami bergerak hari rabu. Jadi wajib solat."

 

PERSOALAN

1. Adakah kedua-dua alasan ini betul? Yang mana paling tepat?

2. Kalau dua-dua pendapat betul, mana yang lebih afdhal?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Bagi menjawab soalan yang diajukan, pemahaman yang tepat adalah pemahaman yang pertama, iaitu mendapat rukhsah untuk tidak solat Jumaat kerana telah keluar musafir pada hari Rabu tanpa mengira sama ada keluarnya itu sebelum atau selepas Subuh pada hari Rabu tersebut. Kewajipan solat Jumaat tidak akan gugur sekiranya bermula musafir pada hari Jumaat selepas subuh. Bagi situasi Tuan, musafir telah bermula pada hari Rabu lagi. Maka telah gugur kewajipan solat Jumaat. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 44

message user image