BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, Saya ingin bertanya beberapa soalan , tapi sebelum tu saya perlu ceritakan situasi . Ibu bapa kepada tunang saya pernah berkhawin di Thailand , dan sudah bercerai di Thailand juga . Tunang saya pernah berkhawin tanpa surat perkhawinan ibu bapa tunang saya. Hanya menggunakan surat cerai ibu bapanya sahaja. Tunang saya sudah bercerai dengan bekas suaminya. Dan sekarang apabila tunang saya ingin menghantar borang kebenaran, dia tidak dapat kebenaran kerana tidak mempunyai tarikh perkhawinan ibu bapanya.

 

Soalan saya :

Mengapakah tunang saya tidak dapat kebenaran berkhawin kali ini sedangkan tunang saya pernah berkhawin dan mendapat kebenaran untuk berkhawin menggunakan kaedah yang sama ya ?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Pertamanya, sukacita dimaklumkan bahawa urusan permohonan berkahwin adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Negeri dan juga Pejabat Agama Islam Daerah. Untuk makluman saudara, prosedur atau proses permohonan perkahwinan juga tertakluk dengan perubahan dari semasa ke semasa berdasarkan perkembangan dan permasalahan yang mungkin berlaku dari sudut hukum syarak, pentadbiran dan pengurusan. Oleh yang demikian tidak mustahil kalau prosedur yang dilaksanakan sebelum ini tidak sama dan berubah dengan prosedur yang dilaksanakan sekarang ini.

Bersama ini dilampirkan maklumat yang saudara boleh hubungi bagi mendapatkan maklumat dan pengesahan lanjut berkaitan pertanyaan yang saudara utarakan : 

        JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)

  • Bangunan Sultan Idris Shah, No 2 Persiaran Masjid, 40676 Shah Alam Selangor

  • Tel:03-55143600/3400

  • Faks: 03-55103368

  • Email: info@jais.gov.my

Kami mendoakan semoga urusan saudara dipermudahkan Allah SWT serta mendapat keberkatan dari Ilahi.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 69

message user image