Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Asalamualaikum
Saya nak tanya 1 soalan.. sah ke solat saya apabila saya tersalah baca tahiyat akhir (tak baca baraktaala Ibrahim ) ?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد
Seperti yang diketahui, membaca tahiyyat akhir adalah salah satu rukun solat. Jika ditinggalkan secara sengaja atau tidak sengaja boleh menybabkan solat seseorang tidak sah. Begitu juga jika tersalah sebut atau baca sehingga boleh mengubah makna bacaan tahiyyat akhir akan menyebabkan solat tidak sah. Walau bagaimanapun, dalam bacaan tahiyyat akhir yang wajib dan dikira rukun adalah bacaan berikut:
التحيات المباركات الصلوات الطيبات لله، السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته، السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين، أشهد أن لا إله إلا الله، وأشهد أن محمدا رسول الله، اللهم صل على محمد
Adapun baki bacaan selawat ke atas keluarga Nabi Muhammad SAW serta kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya adalah sunat ab'ad.
Jadi, berdasarkan situasi yang diterangkan, solat Puan masih sah dan tidak terbatal, kerana bahagian yang Puan tersalah baca itu adalah bacaan sunat.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.
Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 36