BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

 Kami sekeluarga melawat zoo,ank sy Umur 5 tahun berdiri bersentuhan dengan Pagar .didapati Pagar itu berwarna putih Dan sy yakin itu tahi burung.Keadaan ank sy kering dan najis juga kelihatan kering .Najiskah semua benda yg ank sy sentuh sebab tangan anak telah sentuh merata Dan sy juga tidak mampu untuk mngawal tangannya Dari pegang bajunya sndri Dan botol airnya.Suami juga ada memegang tangannya Dan selepas itu pegang stereng kereta.najiskah semua benda?.

 


message user image

Jawapan  

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu tempat itu terdapat najis sama ada dari segi ain, bau, warna atau rasa. Penyucian ke atas tempat-tempat yang diyakini terkena najis itu dilakukan apabila ia jelas kelihatan seperti tahi, air kencing dan selainnya sehingga hilang bau, warna dan rasa.

Oleh itu, sesuatu najis itu tidak boleh berpindah melainkan dalam keadaan basah/lembap. Dalam erti kata lain, jika benda najis itu dalam keadaan kering, maka ia tidak menajiskan benda-benda lain (yang juga dalam keadaan kering) yang bersentuhan dengannya. Sehubungan itu, sekiranya tidak dapat dipastikan dengan yakin terdapat ain najis pada tangan anak puan, maka tangan anak puan kekal suci dan tidak bernajis, serta tidak menajiskan segala apa yang dipegang oleh anak puan selepas itu. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 36

message user image