BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum WBT. Saya ingin bertanya apakah hukum seseorang mencari rezeki dengan hanya bermodalkan sejumlah wang yang kecil dan dilaburkan di sebuah institusi pelaburan/syarikat dimana, urus niaga di dalam US Dollar. Hasil dari modal itu tadi, menjadi berganda dalam satu tempoh yang ditetapkan sedangkan dia hanya menunggu dan tambah modal ke dalam akaun itu. Mohon penjelasan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, prinsip utama dalam peniagaan/pelaburan dalam Islam mestilah tidak mempunyai unsur-unsur seperti riba, perjudian (maisir) dan kesamaran (gharar). Jika ketiga-tiga ini ada, ia adalah haram. Pihak Securities Commision (SC) ada mengkelasifikasikan pelaburan tidak patuh Syariah adalah seperti berikut: i. Perkhidmatan kewangan yg berteraskan riba ii. Perjudian iii. Pengeluaran dan penjualan barangan tidak halal atau barangan berkaitan Insurans konvensional iv. Hiburan yang tidak selaras dgn Syariah v. Pengeluaran dan penjualan produk berasaskan tembakau atau barangan berkaitan vi. Pembrokeran dan jual beli sekuriti tidak patuh Syariah vii. Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan Syariah Oleh itu, perlu dipastikan unsur-unsur di atas tidak berlaku bagi memastikan pelaburan yang dilaksanakan adalah menepati kehendak syariah, keuntungan yang halal dan diredhai, baik keuntungan dunia mahupun akhirat. Kerana semuanya menuntut usaha, tiada jalan mudah atau keuntungan atas angin (judi). Justeru sebagai individu Muslim, adalah menjadi kewajiban sekurang-kurangnya mempelajari halal haram dalam hukum bermuamalat supaya transaksi yang dilakukan menjamin keredhaan Allah SWT. Antara aspek penelitian adalah segi kontrak seperti mudharabah, musharakah, ujrah, wakalah dan lain-lain, kewujudan Jawatankuasa Penasihat Syariah di dalam pelaburan tersebut, perniagaan tersebut mempunyai risiko serta keuntungan yang seimbang dan imbalan yang telus dari sudut risiko, usaha dan liabiliti. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 134

message user image