BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh soalan saya setiap tahun bank rakyat mengagihkan wang zakat ke sekolah. Permohonan yang dikemukakan kepada bank rakyat mestilah disertakan dengan senarai pelajar yang layak menerima wang zakat. Bolehkah sekolah menggunakan wang tersebut untuk pembangunan infrastruktur sekolah? Atau hanya mengagihkan sebahagian sahaja daripada wang tersebut kepada pelajar. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan berkenaan dengan zakat, dalam surah At-Taubah ayat 60 :

إِنَّمَا ٱلصَّدَقَٰتُ لِلْفُقَرَآءِ وَٱلْمَسَٰكِينِ وَٱلْعَٰمِلِينَ عَلَيْهَا وَٱلْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِى ٱلرِّقَابِ وَٱلْغَٰرِمِينَ وَفِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةًۭ مِّنَ ٱللَّهِ ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌۭ ۝٦٠

MaksudnyaSesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Menurut pada dalil tersebut, terdapat 8 kategori bagi asnaf (penerima) zakat iaitu fakir, miskin, amil, muallaf (saudara baru), riqab (terbelenggu dengan masalah akidah dan sosial), orang yang berhutang, orang yang menuntut di jalan Allah (fisabilillah) dan yang terakhir iaitu orang yang bermusafir (ibnu sabil).

Justeru itu,penggunaan wang zakat yang diterima hendaklah berdasarkan kepada tujuan ianya diberikan. Seandainya pemberian wang zakat tersebut diberikan kepada pelajar miskin tertentu, sebagaimana senarai yang diberikan, maka ia hanya boleh diserahkan kepada pelajar berkenaan dan tidak boleh digunakan untuk tujuan lain.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 38

message user image