BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Solat Jamak & Qasar

Assalamualaikum. Saya & isteri merupakan Pasangan Jarak Jauh (PJJ). Saya bekerja di Terengganu manakala isteri di Johor. Saya membeli rumah di Johor untuk didiami sendiri, isteri & anak2 (bermastautin), manakala saya menyewa rumah di Terengganu untuk didiami semasa bekerja. Saya akan ke Terengganu pada setiap hari Ahad (awal pagi) untuk bekerja dan pulang semula ke Johor pada hari Khamis petang selepas bekerja.

Soalan saya, sepanjang di Terengganu (di tempat kerja atau di rumah sewa), bolehkah saya melakukan solat Jamak & Qasar memandangkan saya menetap tidak lebih 3 hari (Isnin-Rabu)?


message user image

Jawapan  

 

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Solat qasar dan jamak adalah merupakan rukhsah yang diberikan oleh Allah. Ia merupakan kemudahan yang dianugerahkan kepada umat islam agar mereka boleh menunaikan ibadat solat di mana sahaja mereka berada. Perkara ini dinyatakan oleh Allah SWT di dalam firman-Nya di dalam surah al-Nisa’ ayat 101:

وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِى ٱلْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَقْصُرُوا۟ مِنَ ٱلصَّلَوٰةِ

Maksudnya: Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan) solat.

Merujuk kepada soalan yang diajukan, berdasarkan kepada situasi yang dinyatakan, diharuskan untuk menunaikan solat secara jamak dan qasar selama berada di rumah sewa di Terengganu dengan syarat tidak menjadikannya sebagai tempat tinggal hakiki atau tempat bermastautin (menjadikan tempat tinggal tetap dan tidak berniat untuk berpindah).

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 32

message user image