BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Adakah kita boleh dikatakan kufur apabila kita bersedih apabila mendapat markah yang rendah sedangkan kita sendiri tahu bahawa kita tidak berusaha dan kita juga yakin untuk mendapat markah yang cemerlang di ujian akan datang apabila kita berusaha


message user image

Jawapan  

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, perasaan sedih adalah sifat semula jadi manusia. Oleh itu, merasa sedih sebagaimana situasi yang dinyatakan tidak menjadikan seseorang itu menjadi kufur atau tidak mensyukuri nikmat Allah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 51

message user image