BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum...Saya bernazar puasa sebulan berturut2  jika tamat pengajian sarjana saya....namun seperti sulit kemajuan /progress pengajian...saya fikir mungkin Allah tahu saya x mampu tunaikan  puasa sebulan berturut2..jadi saya menukar nazar puasa 2 minggu namun masih sukar utk tamat pengajian....Apabila saya menukar nazar puasa kpd seminggu berturut2,  pengajian saya menjadii sangat mudah & akhirnya tamat....Puasa yg mana patut saya tunaikan? 1 bln? 2 minggu ? atau 1 minggu?....Saya pernah dengar dulu selagi hajat blm tercapai boleh mengubah nazar...Tapi pencarian internet terbaru menyatakan saya perlu menunaikan nazar asal puasa sebulan berturut2....sekian terima kasih

 


message user image

Jawapan  

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, sekiranya seseorang itu bernazar untuk melakukan sesuatu ketaatan kepada Allah SWT, maka hendaklah dia menunaikannya (wajib). Namun, jika dia bernazar kemaksiatan, maka tidak boleh dia menunaikannya. Hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah RA, sabda Nabi SAW :

من نذر أن يطيع الله فليطعه ومن نذر أن يعصيه فلا يعصه

Maksudnya: Sesiapa yang bernazar mentaati Allah hendaklah dia mentaatinya dan sesiapa yang bernazar untuk berbuat maksiat terhadap Allah janganlah dia melakukannya. (Riwayat al-Bukhari)

Oleh itu, tuan wajib puasa sebulan berturut-turut, kerana ini adalah niat yang pertama. Nazar tidak boleh diganti dengan perkara lain dan mesti dilakukan apa yang telah diniatkan.

Di samping itu, dinasihatkan kepada tuan supaya tidak bernazar dengan sesuatu perkara yang akan memberatkan diri sendiri untuk menunaikannya pada masa hadapan. Ini kerana terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

لا تنذروا، فإن النذر لا يغنى من القدر شيئا وإنما يستخرج به من البخيل

Maksudnya: Janganlah kamu bernazar (dengan sesuka hati), kerana sesungguhnya nazar tidak akan mengubah takdir daripada takdir yang telah ditentukan Allah SWT sedikitpun. Ia hanyalah mengeluarkan sesuatu dari orang yang bakhil. (Riwayat Muslim)

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 28

message user image