BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalam, saya ingin bertanya mengenai tempoh haid. Isteri saya telah mengambil perancang keluarga dan kebiasaannya tidak datang haid. Tetapi bulan ini telah datang haid secara terputus2 selama lebih kurang 8 hari. Pada hari ke-9 isteri saya yakin telah habis haid dan bersuci seperti biasa selepas haid. Pada hari ke -11 datang semula haid hingga dua hari. 1) Adakah dikira keseluruhan hari tersebut di kira tempoh haid? 2) Pada hari ke-10 sewaktu lepas suci, kami bersama iaitu hubungan suami isteri. Adakah berdosa kerana isteri telah yakin haid telah habis? Dan tidak dapat tahu akan datang lagi pada hari ke-11. (Kebiasaan haid isteri saya dahulu adalah dalam 5-7 hari) 3) Untuk bulan akan datang, perlukah isteri menunggu contohnya selepas 8 hari suci untuk tidak mandi lagi kerana mungkin akan ada lagi haid selepas 2-3 hari? Atau terus saya bersuci dan solat biasa selepas yakin kering? Harap pihak tuan/puan dapat memberikan pencerahan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan berkenaan haid isteri; 1. Jika pada kebiasaannya haid isteri ialah selama 7 hari, maka hari yang selebihnya adalah darah istihadah (penyakit). 2. Tidak berdosa kerana yakin telah suci dari haid. 3. Oleh kerana ini adalah haid yang pertama setelah tidak datang haid kerana pengambilan perancang keluarga, perlu pastikan hari-hari kebiasaan kedatangan haid dengan mengenalpasti jenis dan sifat darah tersebut. Jika diyakini darah yang keluar adalah darah haid, maka hendaklah menunggu sehingga tempoh maksimum haid iaitu selama 15 hari. Namun, jika diyakini darah tersebut bukanlah menepati sifat darah haid, maka hendaklah bersuci dan bersolat seperti biasa, kerana ia adalah darah istihadah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 70

message user image