BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum, saya ingin bertanya beberapa soalan:

1. Jika lantai tandas basah dan disatu sudut tandas terdapat najis di lantai, adakah dikira najis keseluruhan lantai tandas?

2. Adakah tangan yang berminyak juga dikira dapat memindahkan sifat najis jika terpegang najis yang kering?

Saya dahulukan denga ucapan Terima Kasih


message user image

Jawapan  

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang diajukan:

1) Keseluruhan lantai tandas tersebut tidak bernajis. Hanya kawasan lantai yang terdapat ain najis sahaja dikira bernajis.

2) Ya, jika terdapat padanya ain najis tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 27

message user image