Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum mufti
1. Adakah dibolehkan untuk menjana pendapatan dengan bermain game dan "upload" di youtube.
2. Adakah dibenarkan mengunakan duit yang diperolehi daripada YouTube seperti iklan adsense.
3. Adakah dibenarkan mengunakan duit yang diperolehi daripada "feature " baru youtube dan social media lain seperti "gift" atau "super thanks" adakah ia juga dibenarkan untuk digunakan?
4. Adakah aurat pemain bola dalam permainan video sama seperti aurat orang sebenar? Jika video tersebut ternampak lutut player bola dalam permainan game adakah saya turut berdosa berkongsi aurat ?
5. Jika permainan game tersebut melibatkan atau memperlihatkan bendera negara orang bukan islam yang tertera /mengandungi logo salib @ agama lain..apakah hukumnya ? Sebagai contoh saya merekod permainan game negara sepanyol vs england yang kedua negara tersebut tertera logo salib adakah dibenarkan untuk saya kongsi permainan tersebut?
6. Apakah perlu saya buat jika soalan-soalan diatas tidak dibenarkan
Terima kasih mufti
Jawapan