BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya ada persoalan tentang cecair yang keluar daripada kemaluan saya. 

Untuk pengetahuan, kitaran haid saya yang terakhir adalah pada 22 Jun 2024 hingga 29 Jun 2024. Namun pada 8 Julai 2024, semasa saya sedang membersihkan diri selepas membuang air kecil, terdapat cecair lendir yang berwarna sedikit coklat melekat pada tisu. Pada mulanya saya ingat hanya darah luka, tetapi kali kedua saya ke tandas, masih terdapat cecair tesebut. Boleh saya tahu apakah status cecair tersebut? Dan saya juga berpuasa pada 8 Julai, adakah puasa saya sah?

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, status cecair lendir yang berwarna sedikit coklat pada 8 Julai adalah darah istihadhah yang keluar pada baki hari suci. Ini kerana ia keluar selepas melebihi tempoh 15 hari maksimum tempoh haid dan sebelum berakhir sekurang-kurang tempoh suci yang mesti dilalui oleh seseorang wanita iaitu 15 hari. Oleh itu, puasa yang dilakukan pada hari tersebut adalah sah.

 والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 28

message user image