BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya Nur ingin bertanya mengenai haid & istihadah. Saya pertama kali mengalami perkara seperti ini. Saya haid pada 22 mei yg lalu sehingga 5jun (15hari)- saya kira darah tersebut adalah haid. Tetapi darah tetap berterusan keluar 6jun sehingga 20jun. sepanjang tempoh 6-20jun, saya kira darah tersebut adalah istihadah. 21 jun tiada darah. Tetapi 22jun hingga sekarang yakni 24 jun, darah 'spotty' keluar.

ringkasan:

22mei -20jun (30hari):darah keluar (kuantitu yang sikit dan juga kuantitu banyak)

21jun: darah berhenti

22jun-sekarang:darah keluar (kauntiti yang sikit)

soalan saya: adakah darah yang keluar (spotty) bermula 22jun tersebut adalah darah haid bagi kitaran baru? boleh ustaz/mufti bagi perjelasan mengenai darah haid dan istihadah bagi yang darah tidak putus2


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab kepada persoalan, cara  menentukan darah haid atau istihadah adalah seperti berikut:

Darah haid ialah darah yang keluar sekurang-kurangnya mencukupi 24 jam dan paling lama ialah 15 hari 15 malam. Untuk mengetahui darah yang datang itu ialah haid, maka wanita itu perlu melihat sebelum darah itu datang adakah dia telah melalui tempoh suci sekurang-kurangnya 15 hari. Jika ya, maka darah yang baru datang itu bolehlah dikira haid jika ternyata cukup 24 jam. Maksud 24 jam itu ialah sama ada datang berterusan selama 24 jam atau terputus-putus tetapi apabila dicampurkan himpunan masanya maka ia cukup 24 jam asalkan tidak melepasi 15 hari. 

Contoh mengira darah yang terputus-putus sebagai haid ialah seperti berikut: Katakanlah hari pertama darah datang selama lima jam kemudian berhenti. Maka ia tidak boleh dikira haid lagi kerana belum cukup 24 jam. Tetapi dia hendaklah mencatit bahawa darah telah datang selama lima jam. Pada waktu malamnya atau mana-mana waktu selagi belum melepasi 15 hari datang pula darah selama 10 jam kemudian berhenti, maka dia hendaklah mencatitkannya. Bererti jumlah masa darahnya setakat ini ialah 15 jam. Belum lagi cukup untuk haid. Esoknya darah datang lagi selama 10 jam kemudian berhenti. Maka ini bererti jumlah masa darahnya telah mencapai 25 jam. Maka telah mencukupi syarat haid iaitu sekurang-kurangnya 24 jam. Apabila telah diketahui cukup 24 jam maka semua masa sejak dari hari pertama darah itu datang hendaklah dianggap masa haid termasuklah masa-masa yang darah itu tidak ada. Masa yang kosong dari darah itu juga dianggap masa haid kerana ia dikepung (berada di celah-celah) antara darah-darah haid.

Bagaimana dengan solatnya semasa tempoh darah itu terputus-putus?
Semasa darah itu ada, anggaplah ia sebagai haid walaupun belum cukup 24 jam, oleh itu jangan solat semasa darah itu ada. Bila darah berhenti dan belum cukup 24 jam, anggaplah haid tidak jadi oleh itu hendaklah solat. Bila darah telah cukup 24 jam maka solat yang telah dilakukan semasa darah berhenti sebelum itu anggaplah batal kerana ia dilakukan semasa tempoh haid, tetapi tidak berdosa solat semasa tempoh itu kerana belum tahu ia adalah masa haid. Bila telah cukup 24 jam, kemudian darah itu berhenti pula tetapi belum melepasi tempoh 15 hari dari hari pertama maka anggaplah haid telah berhenti, maka bolehlah mandi dan solat. Kemudian selepas itu datang pula darah dalam lingkungan 15 hari ke bawah anggaplah haid masih ada dan mandi serta solatnya sebelum itu adalah tidak sah. (Tetapi dia tetap mendapat pahala kerana menjunjung perintah, bukannya pahala solat dan mandi). Begitulah seterusnya yang dilakukan semasa ada darah dan semasa darah berhenti selagi belum melepasi 15 hari.

Bagaimana untuk menentukan darah istihadah pula?

Ada beberapa keadaan yang dikira darah itu istihadah:

1. Darah itu tidak cukup 24 jam. Yakni apabila darah yang datang itu setelah melepasi lima belas hari dari hari pertama dan setelah dicatit lama masanya maka ia tidak cukup 24 jam, maka ia adalah darah istihadah.

2. Darah yang keluar melebihi tempoh masa 15 hari iaitu sebanyak-banyak haid. Apabila darah masih ada pada hari ke 16 maka haid telah bercampur dengan istihadah. Pada hari ke 16 hendaklah mandi dan solat. Kemudian untuk menentukan berapa harikah sebenarnya darah haidnya dan yang mana pula darah istihadahnya ada dua cara.

a. Cara pertama ini perlu dipilih dahulu jika mampu. Iaitu perlulah dilihat kepada perbezaan bentuk-bentuk darah. Jika darah-darah itu ada yang kuat dan ada yang lemah (contohnya seperti lima hari pertama darahnya adalah berwarna hitam manakala baki hari-hari seterusnya berwarna merah) maka darah hitam dikira lebih kuat dari darah merah. Oleh itu darah hitam sahaja dikira sebagai haid. Manakala darah merah itu dikira sebagai istihadah dan sekiranya darah merah itu berterusan beberapa bulan sekalipun selepas itu maka ia masih dikira istihadah sehinggalah datang darah hitam semula barulah dikira haid baru. Ini kerana pengecaman darahnya berdasarkan kepada bentuk darah yang kuat. Jika tidak jelas perbezaan bentuk darah maka hendaklah beralih cara yang kedua iaitu:

b. Pandukan kepada adat haidnya yang terakhir. Sebagai contoh sebelum terjadinya gejala istihadah ini haid normalnya sebelum ini ialah 7 hari manakala suci selepasnya ialah 20 hari, maka untuk kali ini jadikan 7 hari yang  pertama sahaja sebagai haid, manakala 20 hari selepasnya adalah suci (walaupun masih ada darah, dan inilah yang dikira darah istihadah). Selepas 20 hari itu jika masih ada darah maka ia dikira sebagai period haid yang baru pula

Sekiranya haid berterusan berapa lama darah istihadah dikira:

Tidak boleh meletakkan had maksimum atau had tertentu bagi darah istihadah. Ini adalah kerana ia bergantung kepada keadaan-keadaan darah yang keluar. Sebagaimana contoh yang diberikan di atas (lihat jawapan 1) 2. a. bold), ia boleh memakan masa berbulan-bulan, bahkan mungkin bertahun.

Bagaimana dengan solat sunat dan puasa sunat:

Apabila dapat dikenalpasti yang manakah darah istihadah dan yang manakah darah haid, maka sepanjang tempoh darah istihadah itu wanita itu boleh solat dan berpuasa. Untuk puasa sunat berpuasalah seperti biasa. Cuma untuk solat lihat kepada tujuan dia berwuduk. Jika tujuan dia berwuduk untuk solat fardu, maka dia hanya boleh berwuduk setelah masuk waktu solat. Apabila telah masuk waktu solat dia hendaklah membasuh kemaluannya, kemudian memakai pad. Setelah itu dia terus berwuduk dengan niat berwuduk bagi membolehkan solat fardu (bukan niat mengangkat hadas, kerana hadasnya tidak terangkat kerana darahnya sentiasa keluar). Setelah itu dia tidak boleh berlengah lagi dan hendaklah terus mengerjakan solat fardu itu. Dengan wuduk tadi dia hanya boleh melakukan satu solat fardu sahaja. Manakala untuk solat sunat dia boleh lakukan dengan wuduk tadi sebanyak mana solat sunat yang dia mahu. Begitulah jika dia berwuduk kerana hendak melakukan solat sunat sahaja maka dia hendaklah melakukan langkah-langkah seperti wuduk untuk solat fardu iaitu membasuh kemaluan, memakai pad dan berwuduk. Cuma untuk solat sunat dia boleh lakukan sebanyak mana yang dia mahu dengan satu wuduk itu.

Merujuk kepada situasi yang diajukan, berdasarkan maklumat tambahan yang diberikan iaitu 7-10 Mei keluar darah, dan 11-21 Mei tiada darah yang keluar.

7 (MEI) darah

Haid

8    darah

Haid

9   darah

Haid

10   darah

Haid

11  tiada

Suci

12   tiada

Suci

13   tiada

Suci

14   tiada

Suci

15   tiada

Suci

15   tiada

Suci

17   tiada

Suci

18   tiada

Suci

19   tiada

Suci

20   tiada

Suci

21   tiada

Suci

22   darah

Darah baki suci

23   darah

Darah baki suci

24   darah

Darah baki suci

25   darah

Darah baki suci

26   darah

Haid baru

27    darah

haid

28   darah

haid

29   darah

haid

30   darah

Istihadah (suci)

31   darah

Istihadah (suci)

1 (JUN) darah

Istihadah (suci)

2    darah

Istihadah (suci)

3   darah

Istihadah (suci)

4   darah

Istihadah (suci)

5  darah

Istihadah (suci)

6   darah

Istihadah (suci)

7   darah

Istihadah (suci)

8   darah

Istihadah (suci)

9   darah

Istihadah (suci)

10   darah

Istihadah (suci)

11   darah

Istihadah (suci)

12   darah

Istihadah (suci)

13   darah

Istihadah (suci)

14   darah

Haid baru

15  darah

Haid

16  darah

Haid

17  darah

Haid

18   darah

Istihadah (suci)

19   darah

Istihadah (suci)

20   darah

Istihadah (suci)

21 Tiada

 (suci)

22 darah

Istihadah (suci)

23   darah

Istihadah (suci)

24   darah

Istihadah (suci)

25   darah

Istihadah (suci)

26   darah

Istihadah (suci)

27   darah

Istihadah (suci)

28   darah

Istihadah (suci)

29   darah

Istihadah (suci)

30   darah

Istihadah (suci)

1 (JULAI) darah

Istihadah (suci)

2   darah

Istihadah (suci)

3   darah

Haid baru

4   darah

Haid

5   darah

Haid

6   darah

Haid

7   darah

Istihadah (suci)

8   darah

Istihadah (suci)

9  darah

Istihadah (suci)

10   darah

Istihadah (suci)

11   darah

Istihadah (suci)

12   darah

Istihadah (suci)

13  darah

Istihadah (suci)

14   darah

Istihadah (suci)

15   darah

Istihadah (suci)

16   darah

Istihadah (suci)

17   darah

Istihadah (suci)

18   darah

Istihadah (suci)

19   darah

Istihadah (suci)

 

 

 

Dari 7 Mei – 10 Mei darah mencukupi ciri haid iaitu cukup 24 jam dan tidak lebih 15 hari. Oleh itu ia dikira haid.

11 Mei – 21 Mei (11 hari) tiada darah. Oleh itu ia dikira tempoh suci.

22 Mei ada darah tetapi tidak boleh dianggap haid baru kerana tempoh suci sebelum datang haid baru mestilah sekurang-kurangnya 15 hari, sedangkan tempoh suci yang dilalui baru 11 hari. Oleh itu darah pada 22 Mei dikenali sebagai darah baki suci (maknanya walaupun ada darah tetapi ia mesti dianggap hari suci dan habiskan baki suci yang masih tinggal lagi empat hari).

Darah pada 22 Mei juga tidak boleh digabungkan dengan haid sebelumnya kerana ia telah melepasi lima belas hari dari hari 7 Mei.

Pada 25 Mei genaplah 15 hari sekurang-kurang hari suci.

Oleh itu darah pada 26 Mei dianggap period baru.

 والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 53

message user image