BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz/ustazah. Sy ada soalan, nak tanya apakah hukum kalau saya guna duit anak saya? Sy suri rumah, suami bagi nafkah dekat rm100 shj. Kadang rm100 tu tak mnckupi, jadi sy guna duit anak saya. Apakah hukumnya? Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, hukum menggunakan duit anak adalah harus dalam 3 keadaan:

  1. Harus digunakan untuk maslahat anak dan tidak perlu digantikan.

  2. Harus digunakan untuk tujuan peribadi ibu bapa walaupun tanpa izin anak, sekiranya bapa dalam keadaan terdesak dan memerlukan, namun ia terhad kepada kadar keperluan sahaja tanpa bermewah-mewah.

  3. Harus digunakan duit tersebut untuk tujuan peribadi walaupun ibu bapa tidak berada dalam keadaan terdesak, namun ia berstatus qard (pinjaman) dan perlu digantikan semula.

Bagi mendapatkan penjelasan selanjutnya, puan boleh layari link berikut :

https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/26/17-taudih-al-hukmi-hukum-menggunakan-duit-raya-anak/

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 45

message user image