BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, apakah hukumnya berwuduk dalam keadaan bibir yang berminyak setelah makan, atau setelah terpijak sisa makanan yang berminyak? Adakah perlu dihilangkan sisa minyak tersebut atau ia dimaafkan dan boleh terus berwuduk? Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, jika terdapat pada anggota wuduk suatu bahan seperti minyak yang boleh menghalang air wuduk daripada sampai ke kulit atau yang mengubah air wuduk itu, maka wajib ditanggalkan dengan sempurna sebelum basuhan wuduk. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan wuduk itu tidak sah. Namun begitu adalah dimaafkan jika kesan minyak itu terlalu nipis sehingga tidak menghalang air daripada kulit dan terlalu sedikit sehingga tidak mengubah sifat air mutlak tersebut. Maka ia dikira air mutlak dan hukum berwuduk dalam keadaan tersebut adalah sah.

 والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 32

message user image