BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamua'laikum. Saya ingin bertanya tentang hukum. Jika seseorang Islam, tersasul/bercakap dalam hati/secara lisan "Aku Kafir" tanpa niat/tanpa sengaja. Apakah hukumnya? Adakah syahadahnya terbatal serta merta? Jika perbuatan ini/ perkataan ini berulang-ulang dilakukkan tanpa niat kepada murtad, adakah jatuh murtad? Jika setiap kali berlaku, dan setiap kali tu jugalah saya bersyahadah. Bolehkah? Bagaimana pula dalam perkahwinan, adakah perkahwinan trbatal serta merta? Apakah cara untuk mengelakkan diri daripada terniat/tercakap "Perkataan itu". Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, tersasul mengungkapkan perkataan “Aku Kafir” dengan tidak sengaja atau bercakap dalam hati, tidaklah menyebabkan iman seseorang itu gugur atau telah menjadi kafir. Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda: إن الله تجاوز عن أمتي ما حدثت به أنفسها ما لم تعمل أو تتكلم Maksudnya : “Allah akan mengampuni umatku atas apa yang dia bicarakan dalam hatinya, selama dia tidak melakukan atau menyatakannya.” (Riwayat al-Bukhari) Walau bagaimanapun, hendaklah beristighfar dan memohon keampunan kepada Allah SWT. Penyakit lintasan hati ini adalah bisikan dan gangguan syaitan yang ingin menyesatkan umat manusia. Firman Allah SWT: Maksudnya : “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (al-A’raf : 200) Saudari dinasihatkan mengamalkan bacaan surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas untuk menghindari daripada lintasan hati ini. Disamping itu, lakukan solat sunat hajat dan taubat serta memohon kepada Allah SWT agar hati saudari dijauhi daripada lintasan hati yang menjurus kepada murtad. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 154

message user image