BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, saya ada soalan berkenaan ganti solat. Jikalau sebelum ini saya tidak tahu adanya rukun qauli, yakni sebelum ini saya solat tiada bunyi..hanya membaca seperti keluar udara kerana jahil. Adakah solat itu sah? Dan jika tidak sah, adakah saya perlu ganti semula solat saya yang saya yakin tak tinggal tetapi kerana was2 sah atau pun tidak dek kerana rukun qauli tersebut.

Saya mohon pencerahan daripada pihak ustaz untuk membantu saya. Terima kasih banyak2. Assalamualaikum


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Sebelum menjawab soalan yang diajukan, perlu kita fahami bahawa rukun qauli dalam solat perlu disebut atau dibaca sekadar didengari oleh pendengaran kita.

Bagi menjawab soalan yang diajukan, solat yang telah lalu adalah tidak sah kerana tidak menunaikan rukun qauli dalam solat iaitu tidak menyebut bacaan pada rukun qauli. Walaupun begitu, disebabkan silap faham tuan sebelum ini berkenaan dengan rukun qauli maka tidak perlu ganti semula solat yang telah lalu. Perkara ini seperti firman Allah SWT dalam Surah al-Ma'idah ayat 95:

عَفَا اللَّهُ عَمَّا سَلَفَ

Maksudnya: Allah maafkan apa yang telah lalu.

Walau bagaimanapun, untuk ibadah solat yang akan datang perlulah dilaksanakan mengikut kefahaman yang betul. Adapun ibadah solat yang telah lalu tidak perlu diganti. Perbanyakkanlah beristighfar serta bertaubat kepada Allah SWT semoga Allah mengampun kesilapan serta jahilan kita yang lalu. Di samping itu, dalami dan pelajarilah lagi pengetahuan agama, semoga amalan kita bertepatan dengan syarak dan diterima oleh Allah SWT.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 47

message user image