BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, beberapa bulan yang lalu saya telah mengerjakan umrah dan telah pulang ke Malaysia. Sebelum itu, maaf saya hina orangnya (insyaaAllah dalam proses memperbaiki diri), dan saya ada masalah overthinking. Jadi ketika melakukan tawaf, saya telah TERfikir tanpa sengaja tentang perkara yang tidak sepatutnya difikirkan seperti yang dimaksudkan dengan perkara "permulaan persetubuhan".. tetapi perkara itu tidaklah mendatangkan syahwat kepada saya kerana saya akan cepat-cepat zikir dan istighfar dengan kadar segera bila saya tersedar yang saya telah berfikiran kotor macam tu. Saya memang akan buang apa yang saya fikir tu cepat-cepat sebab saya tahu saya sedang beribadah. Permulaanya saya yakin dengan ibadah saya sehingga la saya pulang ke Malaysia sebab saya terus beristighfar dan saya hanya terfikir dan bukanlah melakukan perkara kotor itu. Tapi sejak beberapa bulan yang lalu selepas pulang ke tanah air, lagi-lagi selepas isu 'pegang kaabah, perkhawinan anak tak sah' lagi la perasaan ini datang setiap masa, "kenapa dulu saya berfikran kotor macam tu? saya hina" saya selalu overthink "adakah betul sah", perasaan was-was yang mulanya saya yakin dahulu dia datang mengganggu saya, hati saya sangat tidak tenang. Saya sedih. Kadang emosi saya terganggu. Jadi, 

Adakah perkara itu membatalkan ihram saya? Macam mana dengan status umrah saya, adakah ia sah? Adakah saya harus membayar dam? Jika ya, apakah jenis bayaran dam yang saya perlu bayar? Kalau saya buat tiga umrah, adakah sya perlu membayar tiga kali dam?


Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, perasaan 'overthinking' khususnya melibatkan was-was dalam urusan ibadat merupakan suatu gangguan syaitan. Antara gangguan syaitan kepada manusia adalah melalui was-was. Hal ini di firmankan oleh Allah SWT dalam surah al-Nas ayat 5:

الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ

Maksudnya: Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.

Dalam persoalan ibadah umrah, sekalipun benar perasaan tersebut difikirkan ia tidak membatalkan umrah ataupun Ihram. Terdapat perkara-perkara tertentu yang menyebabkan seseorang wajib membayar dam namun kesemuanya adalah perbuatan berbentuk fizikal dan bukanlah fikiran semata-mata. Memandangkan ibadah umrah puan telah selesai, syak yang timbul setelah selesai ibadah tidak memberi kesan kepada ibadah tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 33

message user image