BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz

 

Saya ada kemuskilan

 

30 tahun yang lepas, arwah ayah telah belikan sebiji motorsikal untuk kegunaan perniagaan kecil-kecilan saya dengan harga RM900.

dia ada berkata " bayarlah kepada dia ansur-ansur". 

Dan Saya membayar RM100 sahaja pada bulan pertama Selepas itu saya tidak bayar lagi sehingga dia meninggal 8 tahun lepas.

Arwah pula, semasa hidupnya . tidak pernah pula meminta saya untuk membayar baki RM800 tersebut.

Saya pula telah lupa dan baharu sekarang saya teringat bahawa saya masih tidak membayar RM800. (kini, motosikal tersebut telah rosak dan tidak boleh guna lagi)

 

Persoalannya:

1) adakah saya dikira berhutang dengan arwah ayah berdasarkan ayat " bayarlah angsur angsur"?

kalau hutang, apa perlu saya buat kerana dia telah meninggal dunia?

2) Adakah tidak dikira hutang?

Sekian terima kasih

 

 

 

 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, dari sudut akad lisan yang dipersetujui pada waktu motosikal diterima secara adatnya lafaz "bayarlah kepada dia ansur-ansur" merupakan akad pinjaman. Akad pinjaman ini kekal sebagai pinjaman sehinggalah ada bukti lain sama ada secara lafaz atau bertulis yang menunjukkan arwah telah menghalalkan pinjaman tersebut. Oleh itu, memandangkan arwah telah meninggal dunia maka pinjaman ini telah menjadi milik ahli waris yang hidup ketika arwah meninggal dunia termasuk tuan. Ceritakanlah kepada ahli waris yang lain situasi yang berlaku dan dapatkanlah pandangan sama ada ia perlu dibayar atau dihalalkan kerana ia merupakan hak si mati yang perlu diselesaikan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 39

message user image