BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Hadis Abu Darda r.a dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: "Barangsiapa yang berjalan antara dua sasaran memanah, dia mendapatkan dalam setiap langkahnya satu kebaikan." (HR Thabrani) STATUS HADIS? Hadis dari Abu Hurairah r.a berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Belajarlah memanah, kerana sesungguhnya di antara dua sasaran memanah adalah salah satu taman dari taman-taman syurga." (HR Abi Dunya) STATUS HADIS?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, kedua-duanya riwayat tersebut tidak diketahui kesahihannya. Namun, terdapat hadis yang berkaitan dengan memanah adalah seperti berikut:- عن عبد الله بن عبد الرحمن بن أبي حسين أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال إن الله ليدخل بالسهم الواحد ثلاثة الجنة صانعه يحتسب في صنعته الخير والرامي به والممد به وقال ارموا واركبوا ولأن ترموا أحب إلي من أن تركبوا كل ما يلهو به الرجل المسلم باطل إلا رميه بقوسه وتأديبه فرسه وملاعبته أهله فإنهن من الحق Maksudnya : Daripada Abdillah bin Abdul Rahman bin Abi Husain bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah memasukkan tiga orang ke dalam syurga kerana satu anak panah iaitu pembuatnya yang mengharap pahala dalam pembuatannya, pelemparnya dan orang yang membantu orang yang melemparnya lalu berkata : Lemparlah dan naik kenderaanlah. Sungguh kamu melempar lebih aku sukai daripada kamu naik kenderaan. Setiap permainan seorang muslim adalah batal (tidak ada pahalanya) selain lemparan dengan busur, memberikan latihan kepada kudanya dan permainannya terhadap isterinya maka semua itu adalah termasuk hak”. (Riwayat at-Tirmizi) Status hadis ini adalah حسن. Begitu juga dengan hadis yang diriwayatkan daripada Abi Najih As-Sulami dia berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda : من رمى بسهم فى سبيل الله فهوله عدل محرر Maksudnya : “Barangsiapa melempar satu panah di jalan Allah, maka dia memperoleh pahala seperti pahala orang yang memerdekakan budak” (Riwayat at-Tirmizi) Status hadis ini adalah حسن صحيح والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 79

message user image