BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum mufti 

Saya ada beberapa soalan:

1. Apakah hukum menghasilkan dan menjual produk yang dihasilkan dengan kaedah 3d printing ?

2. Adakah dibolehkan menghasilkan kereta mainan atau produk lain yang menyerupai produk sebenar seperti kereta perodua/ toyota / mercedes tetapi tidak mendapat kebeneran daripada syarikat-syarikat tersebut?

3.Adakah dibenarkan jika saya sekadar menghasilkan dan menjual mengikut permintaan pelangan sahaja seperti pelangan mahukan saya menghasilkan kereta mainan meniru 100% seperti kereta miliknya di dunia nyata.

4. Jika tidak dibenarkan untuk dijual, jika saya sekadar menghasilkan kereta atau mainan lain sekadar untuk dijadikan konten youtube saya adakah dibenarkan? Tetapi tidak dijual.


message user image

Jawapan  

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

1) Pada asasnya menghasilkan dan menjual produk yang dihasilkan dengan kaedah 3d printing adalah diharuskan selama ia tidak melibatkan hasil produk yang diharamkan seperti membuat patung berhala dan sebagainya.

2) Pada dasarnya, menghasilkan kereta mainan atau produk lain yang menyerupai produk sebenar boleh dikategorikan sebagai meniru hasil usaha orang lain, maka ia diharamkan sekiranya dilakukan tanpa mendapat keizinan daripada pemilik asal jenama tersebut. Ini kerana ia boleh dianggap sebagai kesalahan melanggar hak cipta orang lain.

3) Hukumnya harus untuk menghasil dan menjual mengikut permintaan pelanggan seperti yang diminta untuk menghasilkan kereta mainan meniru 100% seperti kereta miliknya di dunia nyata kerana ianya tidak bersangkut paut dengan hukum pembuatan produk tiruan seperti yang dijelaskan pada soalan yang ke-2. 

4) Hukum menghasilkan kereta atau mainan lain sekadar untuk dijadikan konten youtube adalah diharuskan juga selagi tiada unsur-unsur yang diharamkan oleh syarak. Begitu juga, ia juga dikira sebagai sumber pendapatan yang halal hasil penat lelah kerja yang telah dilakukan oleh tuan. Namun begitu, disarankan supaya tuan membuat mainan atau model kereta sendiri tanpa meniru 100% jenama lain. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 54

message user image