BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Kerajaan memberikan peruntukan kewangan kepada jabatan tetapi peruntukan tersebut hanya boleh digunakan melalui syarikat yang mempunyai sistem E-Perolehan (EP). Tidak banyak syarikat yang mempunyai EP dan setiap EP berbeza-beza, contohnya ada yang hanya menjual makanan/barangan/servis sahaja. 

Jadi sekiranya seseorang itu mahu memudahkan urusan (kerana syarikat EP yang menjual barangan tertentu tiada), dia mahu menggunakan EP sebuah syarikat untuk mendapatkan tunai dan membeli sendiri barangan yang lain. 

Contohnya peruntukan sebanyak RM1000, dia menggunakan EP satu syarikat untuk mendapatkan tunai tersebut, dan syarikat tersebut mengenakan caj dengan alasan, syarikat turut perlu membayar caj/cukai kepada kerajaan. 

Adakah ada unsur riba dalam transaksi ini? Sekiranya ada, apakah jalan penyelesaian untuk menghalalkan transaksi tersebut. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, tindakan menggunakan EP sebuah syarikat lain untuk mendapatkan tunai dan membeli sendiri barangan yang diperlukan merupakan satu perbuatan yang menyalahi peraturan kewangan di dalam membuat perolehan dan boleh dikenakan tindakkan tatatertib. Oleh itu, perbuatan seperti ini hendaklah dihentikan. 


والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 38

message user image