BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalammualaikum. Saya ingin bertanya mengenai apakah hukumnya sekiranya saya mengedit drama korea atau saya membuat review mengenai drama drama korea yang saya tonton lalu mengupload video tersebut di youtube serta menjadikannya sebagai sumber pendapatan? Apakah hukumnya halal atau tidak? Mohon pencerahan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Menjadikan Youtube sebagai medium untuk menjana pendapatan melalui iklan atau adsense adalah dibenarkan selagi iklan yang dipromosikan itu tidak melanggar syarak. Contohnya tidak memaparkan iklan yang mempromosikan arak mahupun judi. Sumber pendapatan yang mempromosikan arak atau judi atau perkara yang jelas bertentangan dengan syarak adalah haram.

Bagi menjawab soalan yang diajukan, hukum mengedit drama korea lalu muat naik ke Youtube perlu dilihat kepada syarat sumber pengeluar drama tersebut. Jika dibenarkan untuk diambil drama tersebut lalu menyebarkannya, maka harus untuk muat naik di Youtube untuk tontonan ramai selagi kandungan cerita tersebut baik dan tidak mengandungi unsur-unsur lucah. Jika disyaratkan dengan tidak membenarkan mana-mana pihak untuk menyebarkan drama tersebut di medium-medium lain tanpa kebenaran pihak sumber pengeluar, maka memuat naik drama tersebut di Youtube atau mana-mana medium tanpa izin mereka adalah tidak dibenarkan dan haram.

Begitu juga jika memuat naik review video tersebut di Youtube. Perlu dilihat kepada syarat sumber pengeluar drama dan meminta keizinan pihak mereka. Ini kerana perbuatan ini tetap dikira menyebarkan kandungan drama tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 74

message user image