BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum w.b.t,

Saya ada beberapa kemusykilan tentang mandi wajib dan juga wuduk.

Soalan pertama. Jika kita baru sahaja selesai mandi wajib dan kemudian kita tersedar anggota wuduk yang tidak rata selepas mandi wajib, misalnya tangan, adakah benar kita tidak perlu mengulangi mandi wajib dan hanya niat sambung mandi pada anggota yang kita lupa untuk meratakan tadi (tangan)? Bermaksud kita hanya perlu meratakan bahagian tangan saja?

Soalan kedua. Jikalau sambung mandi pada sesuatu bahagian sahaja itu dibenarkan, berapa lamakah time gap yang dibenarkan untuk membolehkan kita niat sambung mandi itu? Contohnya, jikalau selepas 4-5 jam baru kita tersedar, bolehkah kita niat sambung mandi di bahagian itu sahaja?

Soalan ketiga. Saya mempunyai tumit yang merekah kerana kering, justeru, kekotoran seringkali melekat di celah tumit kaki saya dan boleh dikatakan sukar untuk dielak. Kotoran itu juga sukar untuk dihilangkan walaupun saya sudah berus dengan begitu kuat. Ia boleh hilang, tetapi mengambil masa yang begitu lama untuk menghilangkannya. Jikalau di luar, benda mcm ni susahkan saya untuk mengambil wuduk kerana tiada berus tersedia di luar misalnya. Mohon pencerahan adakah perkara sebegini dimaafkan?

Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

Soalan pertama: Antara rukun mandi wajib adalah meratakan air ke seluruh anggota zahir seperti badan, kuku tangan dan kaki, kulit, kulit kepala, rambut dan sebagainya. Oleh itu, apabila menyedari terdapat anggota zahir yang tidak terkena air semasa mandi wajib maka memadai dengan meratakan air pada anggota tersebut kemudiannya bagi menyempurnakan mandi wajib tersebut dengan niat menyambung mandi wajib. Tidak perlu mengulang mandi wajib dari awal. Ini kerana tidak disyaratkan muallah (bersambung atau berterusan) ketika mandi wajib, bahkan ia adalah sunat seperti mana wuduk,.

Soalan kedua: Tidak ditetapkan tempoh waktu berapa lama antara tempoh mandi wajib dan sambungan mandi tersebut. Namun sekiranya dia telah menunaikan solat, kemudian baru menyedari terdapat bahagian tertentu yang tidak dibasuh ketika mandi wajib, maka dia perlu mengulangi mandi wajibnya semula. Diingatkan bahawa, jika diyakini semasa mandi wajib, air sudah melalui seluruh anggota zahir maka sah mandi wajib tersebut dan tidak perlu diragui lagi.

Soalan ketiga: Syarat sah wuduk adalah dengan meratakan air di seluruh anggota wuduk. Jika terdapat kekotoran yang boleh menghalang air wuduk, hendaklah dicuci kekotoran tersebut terlebih dahulu. Namun, jika sudah dicuci dan masih terdapat sedikit kotoran atau kesukaran untuk dihilangkan, maka perkara ini adalah dimaafkan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih. 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 39

message user image