BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

ASSALAMUALAIKUM USTAZ/USTAZAH/MUFTI,

Saya ingin bertanya,

Betul ke kalau kita sunat kan kucing kita kena bayar zakat contohnya zakat fitrah. Ada orang cakap kalau sunat kan kucing kena bayar zakat betul ke?.

Terima kasih kepada yang menjawab soalan saya.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan cara yang tertentu dengan niat tertentu untuk dibelanjakan oleh golongan tertentu. Zakat adalah satu ibadah mengeluarkan harta untuk mendekatkan diri kita dengan Allah SWT serta merapatkan jurang hubungan kita dengan mereka yang memerlukan.

Bagi menjawab soalan yang diajukan, sunatkan kucing atau mandulkan kucing bukan penyebab seseorang itu wajib mengeluarkan zakat. Ini kerana, memandulkan kucing bukan antara syarat wajib mengeluarkan zakat. Tiada satu hubung kait antara zakat dengan memandulkan kucing atau haiwan-haiwan lain.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 48

message user image