BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz. Saya mahu bertanya, jika situasi seperti ini?

Contoh:  

Kami menjual barang (contoh: ais krim etc) dgn niat untuk kumpul dana (dana kumpulan). Selain drpd menjaja, kami juga promote kpd org terdekat seperti "kalau nk ifaq ais krim, boleh lah beli ais krim kami" atau "jom infaq2, boleh beli ais krim kami & infaq dkt org lain". Tak memaksa & atas sukarela pembeli. 

 Cuma aakah hukumnya ustaz kalau kita promosikan barang jualan seperti itu? Mohon pencerahan ustaz. Terima kasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أ له وصحبه أجمعين أما بعد

Jual/beli dan infaq/derma/sedekah adalah dua perkara yang berbeza. Jual beli dari sudut bahasa bererti menukar sesuatu dengan sesuatu. Jual beli secara syarak adalah tukar menukar harta dengan harta untuk memiliki dan memberi pemilikan. Manakala perkataan infaq dalam bahasa Arab bererti tabarru’ (pemberian tanpa mengharapkan imbalan). Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, infaq atau derma dinyatakan sebagai pemberian yang ikhlas. Jadi menderma ialah memberikan sesuatu dengan ikhlas dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Merujuk kepada soalan yang diajukan, dibolehkan untuk berinfaq dengan duit atau nilaian yang disepakati antara pembeli dan penjual atas dasar amanah dan seterusnya penjual menjadi wakil pembeli untuk menginfaqkan harta tersebut kepada golongan yang ingin dibantu. Tiada unsur paksaan, dan penjual berkewajiban melaksanakan amanah tersebut dan perlu dibuktikan setelah ia diserahkan.

 والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 43

message user image