Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan satu soalan. Duit sumbangan daripada VIP disumbangkan kepada jabatan tetapi jabatan tiada akaun bank jabatan. Jadi duit tersebut disalurkan melalui akaun bank kelab. Tetapi kelab mengenakan caj 10% terhadap sumbangan tersebut untuk dikeluarkan kerana memang ada pekeliling yang menetapkan sedemikian, juga caj tersebut adalah sebagai bayaran pemprosesan/dokumentasi/audit dan sebagainya (jadi duit itu untuk kelab, tidak digunakan untuk kepentingan peribadi ahli kelab). Jadi soalan saya, adakah caj 10% itu riba? Sekiranya riba, adakah cara untuk menjadikan proses tersebut patuh shariah? Terima kasih.
Jawapan