BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Adakah menipu menjawab soalan survey atau kaji selidik dikira berdosa? Contoh soalan ': Tinggal di mana?' Saya menjawab di Kuala Lumpur,sedangkan saya tinggal di Perak. Untuk pengetahuan, menjawab survey ini mendapat wang. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Menipu ketika menjawab kaji selidik tetap dikira menipu dan hukumnya adalah haram. Perbuatan ini ditegah dan kita disuruh untuk menjauhi penipuan. Firman Allah SWT dalam Surah al-Hajj ayat 30:

وَاجْتَنِبُوا قَوْلَ الزُّورِ ‎

Maksudnya: Serta jauhilah perkataan yang dusta.

Manakala wang yang diterima itu masih halah dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, dikhuatiri wang yang diterima tiada keberkatan disebabkan penipuan yang dilakukan. Bertaubatlah kepada Allah SWT dengan menginsafi diri serta mohonlah keberkatan dalam setiap rezeki yang diterima.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 55

message user image