BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

ASSALAMUALAIKUM

KAWAN SAYA MENANYA KAN ADAKAH SUDAH BALIGH BUDAK BAWAH UMUR 9 TAHUN BERZINAR(KEMALUAN BERTEMU KEMALUAN)DAN TIDAK KELUAR MANI ADAKAH IA DIKIRA BALIGH SELEPAS MELAKUKAN ITU? 

MOHON PENCERAHAN DARI MUFTI 

TERIMA KASIH


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Zina adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan kesannya amat buruk kepada diri, keluarga dan masyarakat. Merujuk kepada soalan yang diajukan, perlakuan zina yang dilakukan oleh kanak-kanak kurang daripada 9 tahun qamariah dan tidak mengeluarkan air mani, tidak menjadikan dia seorang yang baligh. 

Dinasihatkan agar menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh membawa ke arah perzinaan seperti menonton filem lucah dan sebagainya. Firman Allah SWT di dalam surah al-Isra', ayat 32:

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا 

Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 57

message user image