BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum Tuan..

Saya ingin bertanya, jika waktu saya bersetubuh, saya mengatakan kemaluan saya seperti anak lelaki saya, adakah ia dikira zihar?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada pertanyaan tuan, zihar ialah perkataan seorang suami yang menyamakan isteri atau mana-mana anggota badannya dengan mana-mana perempuan yang diharamkan berkahwin dengannya. Perempuan yang diharamkan berkahwin tersebut hendaklah yang diharamkan berkahwin buat selama-lamanya seperti ibu dan anak perempuan, beserta dengan niat zihar atau membawa makna zihar iaitu ingin mengharamkan hubungan suami isteri, mengharamkan isteri kepada dirinya, sebagaimana haram ibunya kepada dirinya. Oleh yang demikian, tindakan mana-mana suami menyamakan anggota badannya dengan mahramnya tidak termasuk dalam pengertian zihar.

والله أعلم بالصواب 

Sekian terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 61

message user image