BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, saya bergaduh dengan isteri saya melalui telefon dan isteri berkata ‘lepaskan aku’ dan saya bercakap ‘ok’ dalam keadaan marah. Saya tiada niat sebenarnya. Adakah jatuh talak dengan saya berkata “ok” dengan apa yang isteri lafazkan dan apakah langkah seterusnya yang perlu saya lakukan?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, perkataan “lepaskan aku” adalah lafaz kinayah (tidak jelas) yang memerlukan pada niat. Jika niat cerai maka cerailah atau sebaliknya. Walaubagaimanapun saudara boleh merujuk segera kepada mahkamah syariah yang berdekatan untuk maklumat yang lebih lanjut. Wallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 108

message user image