Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Ketika saya membersihkan kawasan bernajis saya akan menhilangkan najis terlebih dahulu kemudian lalukan air ke kawasan tersebut. Saya ada membela kucing dan telah sediakan tempat berpasir untuk mereka berak dan kencing. Kadang-kadang ada pasir yang terkeluar namun saya tidak pasti sama ada pasir itu telah terkena najis atau tidak. Selalunya pasir kucing yang terkena najis basah akan berubah bentuk nya. Namun saya was was dengan perkara ini kerana apabila saya melalukan air ke kawasan bernajis yang telah tiada najis nya, saya tidak perasan ada pasir kucing di situ. Pasir itu asalnya kering kemudian basah apabila terkena air basuhan tadi. Saya berasa was was adakah pasir itu bernajis? Kalau ia bernajis status air yang terkena telah jadi mutanajis dan saya was was akan penyebarannya.
Jawapan