BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. 

Saya org yang sama yg tanya berkenaan cecair di dubur selepas basuh tadi. saya ada penambahan

1. cecair yg saya maksudkan ialah air hasil dari basuhan untuk mencuci dubur

2. saya tidak rasa apa apa keluar dari dari dubur cuma saya jadi was was adakah air itu keluar dari dubur. 

3. saya bertindak meletakkan tangan betul betul di lubang dubur dan dapati bau seperti bau najis. boleh jadi bau itu ada kerana itu memang "area" nya

4. saya jadi risau kerana saya terus duduk di atas katil selepas saya buang air besar


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Sebagaimana yang telah dijawab sebelum ini, memandangkan cairan tersebut tidak dapat dikenal pasti dengan yakin sama ada ia najis atau sekadar lebihan air basuhan, maka ia dianggap suci dan bukannya najis. Tambahan pula, terdapat perasaan was-was sedangkan telah diyakini bahawa tiada apa-apa yang keluar dari dubur ketika itu. Oleh sebab itu, bagi menjauhi perasaan was-was pada masa akan datang, disarankan agar mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengelap atau mengeringkan badan selepas membasuh qubul dan dubur. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 36

message user image