BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam Ustaz,

Saya diserang was-was ketika takbiratulihram. Sudah sekian lama saya mengalami perkara ini. Jadi, setiap kali saya was-was niat atau takbir saya tidak sah, saya akan mengulangi takbir dan niat tersebut ketika solat.

Saya ada mendengar ceramah yang mengatakan tabiat ini boleh menyebabkan solat tidak sah kerana takbir pertama yang sah akan batal jika saya melakukan takbir kali kedua. Ada juga saya dengar apabila saya bertakbir banyak kali solat saya sah jika saya solat pada takbir ganjil dan bukan yang genap.

Ketika saya sudah mengetahui hal ini saya tidak lagi berbuat sedemikian namun, perlukah saya qadha solat yang tidak sah akibat perbuatan ini. Saya rasa terbeban ustaz bantulah saya. Kadang-kadang saya was-was pula boleh jadi takbir pertama saya itu benar-benar tidak sah dan perbuatan takbir kedua dikira sebagai pertama dan seterusnya solat saya jadi sah? Adakah dimaafkan atau tidak? Jika tidak bagaimana cara anggarkan bilangan solat yg tidak sah itu?


message user image

Jawapan  

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, perbuatan mengulang takbiratulihram kerana berasa waswas sekali atau pun dua kali, tidak menjadikan solat tidak sah, selama mana takbiratulihram yang terakhir itu sah. Ini kerana mengulangi takbiratulihram disebabkan waswas bermakna menganggap takbiratulihram sebelumnya tidak sah lalu cuba mengulanginya sekali lagi. Oleh itu, tidak perlu mengulang solat yang terdahulu hanya kerana menyangka bahawa ia tidak sah. Berazamlah untuk memperbaiki solat dan banyakkan beristighfar untuk menghilangkan rasa was-was.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 36

message user image