BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Saya ingin nama kan ank sy Hayder Uqayl 

Uqayl maksud pandai cerdik tp jika sy ubah dgn 

tambah huruf y = Yuqayl adakah maksud nye telah berubah.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Islam sangat menuntut menamakan anak dengan nama yang baik. Hal ini seperti dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Darda' RA, sabda Nabi SAW:

فَأَحْسِنُوا أَسْمَاءَكُمْ

 Maksudnya: Maka perelokkanlah nama kalian. (Riwayat Abu Daud)

Bagi menjawab soalan yang diajukan, 'Uqail' adalah perkataan yang berasal daripada bahasa Arab (عُقَيْل) yang bermaksud seorang yang baik fikirannya atau seseorang yang memahami. JIka ditukar atau digantikan huruf 'i' dengan huruf 'y', iaitu 'Uqayl' ia masih memberikan sebutan yang sama. Oleh itu, ia tidak memberi perubahan pada makna dan harus digunakan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 43

message user image