BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya mohon pencerahan. Sebelum berkahwin dengan suami sy sekarang, sy seorang ibu tunggal. Baru-baru ini saya dan suami  bertengkar. Dalam pertengkaran itu, suami telah bertanya dengan nada sinis kepada saya, "jika nak hidup macam dulu bagi tahu, senang" beberapa kali. Adakah jatuh talak apabila suami berkata begitu kepada saya. Jawapan dari pihak tuan amatlah saya hargai. Sekian. terima kasih. Assalamualaikum


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Ucapan suami: "jika nak hidup macam dulu bagi tahu, senang" merupakan satu bentuk perberitahuan yang mengandungi pelbagai maksud yang tersirat dan boleh difahami dengan pelbagai pengertian dan mungkin juga ia sebagai satu amaran dan peringatan dari pihak suami. Ucapan itu bukan berbentuk penyataan atau kata-kata bahawa suami menceraikan isteri. Ia juga bukan merupakan talak taklik yang memberi maksud sekiranya isteri nak hidup macam dulu, maka tercerailah isteri. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 85

message user image