Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya telah meminta cerai tanpa sedar. Dalam keadaan marah, suami telah melafazkan "aku ceraikan kau xxxx dengan talak 3". Suami tidak menyebut nama penuh saya. Adakah lafaz tersebut sah atau tidak?
Jawapan
Berdasarkan kenyataan puan, lafaz yang suami sebut "aku ceraikan kau xxxx dengan talak 3", adalah lafaz yang sorih iaitu jelas dan nyata serta isteri memahaminya walaupun suami tidak menyebut nama penuh isteri. Maksudnya isteri tahu lafaz itu ditujukan kepada dirinya.
Oleh yang demikian, pasangan suami isteri hendaklah segera melaporkan perkara ini kepada pihak Mahkamah Syariah yang berdekatan dengan tempat tinggal untuk membuat pengesahan tentang status perkahwinan oleh Hakim Syarie.
Sekian, terima kasih.