BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamulaikum Mufti dan Team,

Saya ada beberapa persoalan:

Saya akan ditugaskan kerja diluar negeri dimana negeri- negeri dan daerah tersebut tidak mempunyai makanan/ menjual sumber dari makannan yang halal untuk satu tempoh yang panjang. Persoalan saya, apa perlu saya lakukan sekirnya berhadapan dengan situasi ini? Adakah bagi meneruskan kelangsungan hidup cukup sekadar makan nasi dan menolak makanan yang tak disemblih mengikut syarie. Dan bagaimana kalau saya meragui makanan sekiranya tidak mengunakan bahan yang halal.

Mohon pencerahan dari pihak tuan dan moga diberi keberkatan menjawab persoalan saya.

Terima Kasih Mufti dan Team

#sayasayangmufti


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد  

Setiap muslim wajib memakan makanan yang halal dan baik untuk dimakan. Perkara yang diharamkan oleh Allah SWT sudah tentu mengandungi hikmah tersendiri bertujuan untuk memberi kebaikan dan maslahah hambaNya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat ke 172;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ ‎

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.

Namun sekiranya dalam keadaan dharurah iaitu hanya terdapat makanan yang haram dan akan menyebabkan kematian sekiranya tidak makan, maka diharuskan makan hanya sekadar untuk mengindarkan diri daripada kematian.

Sekiranya ditugaskan bekerja diluar negeri dimana negeri atau negara tersebut tidak mempunyai makanan dan tidak menjual sumber dari makannan yang halal untuk satu tempoh yang panjang, maka hendaklah mencari penyelesaian lain terlebih dahulu seperti membawa bekalan makanan halal yang tahan lama atau memasak makanan sendiri. Selagi tidak sampai ke tahap memudharatkan sehingga mengancam nyawa, maka haram memakan makanan yang diyakini haram. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 40

message user image