BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam, 

Saya nak tanya batu Hajr e Aswad dari mana?

Dan berikut betul atau tidak?

[“demi allah! pada hari kiamat, allah akan menghadirkan hajar aswad sedemikian rupa sehingga ia akan mempunyai dua mata dan lidah untuk bersaksi tentang iman (iman) semua orang yang menciumnya.” (tirmizi) ]

Terima kasih.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Pertama, Hajarul Aswad asalnya adalah daripada syurga lalu diturunkan ke dunia. Ia pada asalnya berwarna sangat putih dan berubah menjadi hitam apabila diturunkan ke dunia disebabkan dosa-dosa manusia. Ini berdasarkan satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, sabda Nabi SAW:

نَزَلَ ‌الحَجَرُ ‌الأَسْوَدُ مِنَ الجَنَّةِ، وَهُوَ أَشَدُّ بَيَاضًا مِنَ اللَّبَنِ فَسَوَّدَتْهُ خَطَايَا بَنِي آدَمَ

Maksudnya: Hajarul Aswad telah diturunkan dari syurga. Warnanya sangat putih lebih putih daripada susu lalu berubah menjadi hitam disebabkan dosa-dosa anak-anak Adam. (Riwayat al-Tirmizi)

Hadis ini dinilai hasan sahih oleh Imam al-Tirmizi.

 

Kedua, hadis yang dinyatakan dalam soalan memang ada dan ia diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA, sabda Nabi SAW:

وَاللَّهِ لَيَبْعَثَنَّهُ اللَّهُ يَوْمَ القِيَامَةِ لَهُ ‌عَيْنَانِ ‌يُبْصِرُ ‌بِهِمَا، وَلِسَانٌ يَنْطِقُ بِهِ، يَشْهَدُ عَلَى مَنْ اسْتَلَمَهُ بِحَقٍّ

Maksudnya: Demi Allah yang akan mendatangkan Hajarul Aswad pada hari kiamat nanti dengan mempunyai dua mata yang boleh dilihatnya serta lisan yang boleh bercakap dengannya yang akan menjadi saksi kepada sesiapa yang menyentuhnya (dengan tangan atau ciuman) dengan sebenar-benar penyaksian.

(Riwayat Ahmad, al-Tirmizi, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Hadis berikut dihukumkan hasan oleh Imam al-Tirmizi serta dikeluarkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam kitab Sahih mereka.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 66

message user image