BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

salam tuan, apakah hukum menantu bersalam dengan ibu tiri ?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan:

Ibu tiri yang dimaksudkan oleh penanya adalah nenek mertua tiri bagi lelaki tersebut. Oleh itu, terdapat perbezaan hukum antara ibu mertua kandung dengan ibu mertua tiri begitu juga usulnya seperti nenek, moyang dan sebagainya. Ibu mertua kandung merupakan salah seorang mahram muabbad (mahram selamanya) sebaik sahaja sempurna akad nikah berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Al-Nisa' ayat 23:

وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ


Maksudnya: Dan emak-emak kepada isteri-isteri kamu (emak mentua termasuk nenek perempuannya).

Adapun ibu mertua tiri serta usulnya termasuk nenek mertua tiri (seperti dalam soalan) adalah tidak termasuk dalam kategori mahram sepertimana ibu mertua kandung. (Rujuk Fiqh al-Manhaji). Maka, mereka tidak boleh bersalaman antara satu sama lain.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 45

message user image