Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya nak tanya.
Apakah hukum kalau darah yang amat sedikit, dilap dengan tisu yang basah. Sebab saya terfikir, bukankah ia sama dengan keadaan jika darah itu amat sedikit, terkena dengan baju ketika berpeluh apabila bersukan. Adakah dimaafkan? Kemudian, saya tak basuh dengan air mengalir sebab saya ingat yang darah tu dimaafkan :( saya tertanya-tanya...
Seterusnya, keadaan yang agak sama seperti di atas. Ada macam cairan putih di kudis (?), kemudian saya lap. tiga jam kemudian, saya baru ternampak macam ada bulat merah dekat bahagian tepi kawasan kudis tersebut, dan apabila saya lap menggunakan tisu (saya tak ingat tisu tersebut dalam keadaan basah atau tidak), masa lap tu mesti tercampur dengah cairan putih tu, adakah dia bertambah timbangan dengan darah yang kecil tadi?
Saya juga mengetahui dari website lain yang mengatakan bahawa cairan putih tersebut adalah bukan najis.
Dalam waktu antara masa saya hantar emel ni, dengan masa tuan/puan menjawab soalan saya, bagaimanakah hukum apabila saya memegang barang dengan tangan yang basah?
Saya sudah memikirkan perkara ini sehingga saya stress kalau saya terbawa najis atau tidak pada pakaian saya... saya rasa sangat down
Mohon penjelasan, terima kasih in advance :)
Jawapan