BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

assalamualaikum, saya nak tanya untuk zakat takaful, kiraan daripada jumlah apa ya? dan bila perlu dibayar? Adakah dikenakan zakat apabila kita keluarkan duit dari takaful?

terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته   

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد 

Secara umumnya, syarat wajib zakat adalah memiliki wang yang mencapai kadar nisob (nilai 85 gram emas) dan genap pemilikan selama setahun. Sekiranya tidak memenuhi salah satu syarat tersebut maka tidak diwajibkan zakat ke atasnya. Kadar yang wajib dikeluarkan adalah 2.5 % daripada jumlah keseluruhan wang yang dimiliki.

Zakat Wang Simpanan / Pelaburan Takaful:

  • Pemegang takaful perlu membayar zakat setiap tahun ke atas nilai simpanan atau pelaburan yang boleh dikeluarkan (cash value) sahaja. Ini kerana, hukum zakat untuk simpanan / pelaburan dalam polisi takaful adalah sama hukum zakat untuk simpanan wang di institusi kewangan. Ini adalah kerana cash value boleh dikeluarkan tanpa perlu menunggu tempoh tamat kontrak dengan pihak takaful.

Selepas sijil takaful telah matang, maka wajib zakat simpanan ke atas pemegang polisi yang mendapat pulangan tunai secara keseluruhannya iaitu pulangan wang tunai daripada Dana Risiko Peserta dan juga keuntungan pelaburan daripada Dana Pelaburan Peserta.

Wajib Zakat Pendapatan ke atas waris simati yang mendapat pampasan takaful. Ianya adalah selepas ditolak untuk penyelesaian hutang simati (hutang zakat/hutang sesama manusia dan lain – lain) dan upah haji sekiranya simati belum mengerjakan fardhu haji.

Wajib zakat pendapatan ke atas pemegang polisi yang menerima manfaat keilatan kekal dan menyeluruh akibat kemalangan atau sebab penyakit tertentu. Untuk maklumat lanjut sila tekan link https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/zakat-takaful/

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 32

message user image