BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya ingin tanya tentang haid. Hari ini saya pakai pad dan tiba-tiba saya tersembur air kearah seluar saya, dan serta merta semua basah, tetapi disebabkan saya baru tukar pad, saya biarkan sahaja. Tetapi setelah beberapa minit, saya perasan pad itu basah disebabkan air, saya pun terus tukar pad dan seluar dalam. Pada masa itu, saya perhati pad tersebut dan saya tidak melihat ada kesan darah dan semasa saya bukak, pad tersebut terkena di bahagian belakang lutut saya. Setelah pakai pad dan seluar dalam yang baharu, saya perasan ada kesan darah yang sangat pudar di pad yang basah ( pad sebelum). Saya mula was was adakah darah tersebut kena atau tidak di belakang lutut saya. Apa yang membimbangkan saya adalah saya terus pakai seluar dalam dan pad baharu, jadi saya takut belakang lutut saya itu consider najis. Tetapi saya penat sangat nak membasuh semua sekali lagi sebab saya mempunyai was was yang sangat teruk. Saya hanya bilas air di belakang lutut sahaja, dan tidak membasuh seluar dalam, seluar luar dan pad baharu. Adakah Allah akan memaafkan saya kerana setelah tuan/puan menjawab soalan saya, perkara ini sudah akan menjadi beberapa hari kemudian?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan dan penceritaan puan, kesan darah tersebut hanya terdapat di bahagian belakang lutut yang telah puan bilaskan, tidak terkena pada seluar luar, seluar dalam pad baharu. Jadi bahagian yang telah dibilas tersebut telah dianggap suci apabila diyakini tiada warna, bau dan rasa. Hendaklah dielakkan perasaan was-was tersebut supaya tidak menjadi bebanan puan dan mengganggu perbuatan lain. 

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 32

message user image