BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalammualaikum Ustaz, Saya nak bertanyakan tentang sesuatu perkara :

1) Bagaimana kalau kita sudah tahu company kita kerja mendapat hasil dengan cara menzalimi orang lain, menipu orang lain, menganiaya orang lain, adakah kita bersalah sekali walaupun hanya menjalankan tugas sahaja ?

2) Bagaimana dengan hasil gaji yang diperolehi dari bekerja dengan company seperti itu ?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

1. Sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa ayat 29:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya).

Walaupun kita hanya makan gaji dan menjalankan tugas yang terang-terangan menipu, menganiayai dan apa-apa sahaja tingkahlaku yang menjurus kepada mudharat serta maksiat maka ia adalah dilarang walaupun kita hanya mendengar arahan kerana ia termasuk dalam kelompok yang bertolong-tolongan kepada perkara maksiat, sebagaimana Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 2:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.

 

2. Gaji yang diperolehi adalah bergantung kepada kerja yang dilaksanakan. Sekiranya pekerjaan itu baik, maka baik serta halal gajinya. Jika sebaliknya, iaitu perkerjaan itu haram dan berdosa, maka gaji atau hasil daripada pekerjaan tersebut juga adalah haram dan tidak halal.

والله أعلم بالصواب 

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 40

message user image