BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Apakah hukumnya lagu atau muzik dimainkan dalam masjid atau surau semasa aktiviti motivasi atau ceramah yang diadakan dalam ruang solat.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-4 / 2014 telah membincangkan Hukum Perbuatan Zikir Sambil Memukul Gendang Atau Peralatan Muzik Lain Di Dalam Masjid atau Surau dan telah memutuskan bahawa;

Berzikir menggunakan alat yang diharuskan adalah harus. Bezikir di dalam masjid dan surau dengan iringan muzik adalah dilarang.

Oleh itu, merujuk kepada soalan yang diajukan, memainkan lagu atau muzik dalam masjid atau surau semasa aktiviti motivasi atau ceramah di dalam ruang solat adalah dilarang.

والله أعلم بالصواب 

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 74

message user image