BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

Benarkah festival Bon- Odori adalah festival kebudayaan semata-mata. kerana saya ada terbaca aritkel dari https://www.nippon.com/en/guide-to-japan/gu019003/ 

"Japan’s “Bon Odori”: Welcoming Ancestors’ Spirits Home with Good, Plain Fun", dengan terang mengatakan festival ini ada element keagamaan (buddha) yang dikuatiri akan merosakkan akidah umat Islam. Mohon pencerahan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Satu kajian secara menyeluruh telah pun dilaksanakan sebelum ini dan mendapati bahawa Bon-Odori merupakan perayaan kebudayaan dan bukan perayaan keagamaan. Oleh yang demikian, pada asalnya, perayaan Bon-Odori harus disertai oleh orang Islam seperti menghadiri program kebudayaan kaum atau bangsa lain. 

Namun sekiranya di dalam sambutan perayaan tersebut terdapat perkara yang bercanggah dengan Hukum Syarak seperti pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, mendedahkan aurat, memakan makanan yang haram atau syubhah serta hiburan yang melampau dan melalaikan, maka wajib dijauhi.

Berhubung dengan kenyataan tuan, jika benar terdapat promosi dengan ungkapan: "Japan’s “Bon Odori”: Welcoming Ancestors’ Spirits Home with Good, Plain Fun", daripada pihak penganjur, maka umat Islam hendaklah menjauhi daripada menyertai perayaan tersebut kerana dibimbangi boleh membawa kepada rosaknya akidah. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 57

message user image