BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya mempunyai ketagihan beronani Dan saya malu dengan ketagihan ini. Tetapi soalan saya, setelah beronani pada satu hari Dan bangun daripada tidur, saya mandi wajib tetapi ketika bermandi wajib, saya hanya menggunakan air sahaja tanpa sabun mandi. Sebelum memulakan mandi wajib, saya membuang air kecil Dan membasuhnya dengan dua tujuan iaitu kerana saya kencing Dan juga ingin membasuh kemaluan dikhuatiri terdapat air Mani yang bercampur dengan air mazi yang melekat di kemaluan. Selepas itu, saya ada mencium jari telunjuk saya untuk memastikan tiada bau air Mani lagi tanpa menghidu di tapak tangan atau di antara jari telunjuk Dan ibu jari saya yang ketika beronani, terkena basahan air Mani daripada tuala. Ketika menghidu jari telunjuk, saya tidak membau apa apa yang seperti bau air Mani maka saya mulai mandi wajib saya seperti biasa. Namun setelah mandi, ketika mengelap badan di bilik tidur, saya dapati kawasan di antara jari telunjuk Dan ibu jari saya berbau seperti air Mani Dan saya memeriksa kelangkang saya Dan mendapati ianya juga berbau yang sama. Ketika itu badan saya Masih terdapat sedikit air selepas mandi wajib jadi saya beranggapan bahawasanya ianya cuma bau air yang bercampur dengan tangan Dan kelangkang saya sahaja kerana seingat saya, saya membasuh seperti biasa tangan Dan kelangkang saya ketika mandi wajib sebentar tadi. Saya khuatir bahawasanya Masih terdapat air Mani Dan paling saya takuti ianya air Mani yang bercampur dengan air mazi dan telah merebak ke tuala mandi Dan katil.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan:

Air mani merupakan cecair jernih pekat yang keluar memancut ketika memuncaknya syahwat. Air mani adalah suci dan bukan najis. Oleh itu, sekalipun terdapat air mani pada tubuh, atau pakaian maka ia adalah suci serta tidak perlu dibasuh sebagaimana najis yang lain.

Manakala bagi isu air mazi, untuk menghilangkan waswas, terdapat kaedah fiqh yang disebutkan oleh para ulama iaitu:

اليقين لا يزال بالشك

Maksudnya: Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak.

Dalam keadaan syak apakah terdapat kesan air mazi pada tuala atau katil, maka hendaklah mengambil hukum asal iaitu tiada najis pada tempat tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 24

message user image