BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya, adakah sebutan "Saya telah menjandakan awak" dikira lafaz talak kinayah? Jika benar iya lafaz kinayah, maka jika suami menyebutnya tanpa niat, maka tidak jatuh talak? Benarkah ini? 

Harap saya mendapat penjelasan yang dapat merungkai persoalan ini


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Sebutan "Saya telah menjandakan awak" boleh dikategorikan sebagai lafaz talak secara kinayah. Lafaz ini boleh jatuh talak apabila suami niatkan cerai semasa melafazkannya. Adapun, jika suami tiada niat cerai, maka talak tidak berlaku. 

Walau bagaimanapun, adalah tidak wajar bagi seorang suami mengucapkan kata-kata sedemikian kerana dilihat seolah-olah mempermain-mainkan atau menyakitkan hati isteri dan sebagainya. Bagi mendapatkan penjelasan selanjutnya, puan boleh hubungi Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal untuk mendapatkan kepastian berkenaan perkara ini.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 60

message user image